Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Friday, August 1, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Hai kawan-kawan.!!! 
Selamat Hari Raya semua..Apa citer raya korang? Mesti best beraya sakan... 
Meriah atau sederhananya raya korang, mesti ada citer yang tersendiri..



 Sebelum tibanya malam raya, mak dan adik-adik sibuk menyiapkan juadah berbuka dan untuk menyambut hari raya yang akan menjelang esok harinya. Annaz dapat tolong sikit-sikit je sebab kena gak tolong-tolong mak mertua. Kena berbagi masa la. Rumah mak dan rumah mak mertua dekat-dekat.

Lepas buka puasa di rumah mak, kami sibuk pulak membuat persiapan untuk orang yang akan datang takbir raya dari rumah ke rumah. Memang dah menjadi tradisi di kampung (..tempat lain tak pasti..), malam raya akan ada sekumpulan orang kampung terdiri daripada orang tua, remaja dan kanak-kanak datang dari rumah ke rumah untuk bertakbir raya. Kanak-kanak lah yang paling seronok dan teruja nak join group nie sebab malam raya la dapat collect duit raya lebih skit. Tahun nie rumah mak adalah rumah pertama yang akan "diserbu" oleh group Takbir Raya nie. Tahun-tahun yang sudah sampai ke pagi menunggu.

Untuk malam raya tahun nie mak buat lontong, nasi impit, rendang maman dan lemang untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir untuk takbir raya. Ditambah pula musim buah yang sudah penghujung nie, ada la sikit buah langsat dan buah manggis untuk mereka yang datang pada malam tu. 

Habis je takbir raya rumah mak, kami bergegas pulak ke rumah mak mertua untuk persiapan takbir raya di sana pulak. Tapi malangnya, sampai di sana takbir raya dah selesai pun. Rumah mak mertua pun rumah pertama gak tahun nie..

Jadinya, incik hubby bersama adik dan bapa saudaranya yang datang dari Singapura bakar mercun sambil melayan budak-budak main bunga api. Bukan main meriah dan seronok. Si kecik dalam rumah pulak yang ketakutan bunyi mercun. Dah penat bermain mercun dan bunga api, kami bertolak semula ke rumah mak.

Keesokan harinya, seawal jam 4.30 pagi, kami adik-beradik dah bangun bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya. Pakai baju baru dan menyiapkan juadah untuk sarapan pagi. Comel-comel belaka berpakaian serba baru. Semua berkumpul, bersalam-salaman, memohon ampun dan maaf dari kedua ibu bapa dan adik-beradik. Duit raya tak lupa untuk mak, ayah, adik-adik dan anak-anak buah. Kewajipan tiap-tiap tahun. Kemudian kami bersarapan bersama sebelum  ke masjid untuk sembahyang raya.

...selain Aina, bidadari comel ini juga buah hati kami.
 
Selesai sarapan, Annaz bersama incik hubby dan anak keluar untuk ke rumah mertua. Di sana kami melakukan perkara yang sama juga.


...buah hati kesayangan hamba..
 
Selesai bersarapan, kami keluar menziarahi pusara saudara yang telah meninggal dunia dan juga berkunjung ke rumah saudara mara.

Panjang lebar cerita raya pertama nie. Korang jangan jemu membaca.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin..

No comments:

Post a Comment