Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, February 5, 2014

Virus Japanese Encephalitis (JE)

Menonton siaran Bersamamu di TV 3 berkenaan kisah adik Fadil yang di jangkiti virus JE. Simpati dengan nasib beliau. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan didoakan adik Fadil sembuh seperti sediakala.


Apa itu JE?
JE adalah penyakit yang disebabkan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Tanda-tanda

¤ Demam
¤ Sakit kepala
¤ Lemah anggota badan
¤ Resah meracau
¤ Mengantuk
¤ Sawan
¤ Lumpuh
¤ Tidak sedarkan diri / koma

Kebanyakan pesakit yang dijangkiti virus JE akan menunjukkan tanda-tanda ringan sahaja atau mungkin tiad gejala sama sekali.

Namun begitu, diperingkat yang lebih teruk, JE boleh menyebabkan kematian. Mereka lazimnya akan bermula dengan simptom-simptom seperti selesema, sakit kepala, demam, tidak bermaya dan akan disusuli dengan masalah gastrousus seperti muntah serta berasa keliru dan meracau-racau.

Bagaimana JE merebak?

Virus JE membiak dalam tubuh khinzir (perumah pengganda). Apabila nyamuk Culex betina menghisap darah khinzir, ia akan membawa bersama virus JE. Selepas 14 hari nyamuk ini berupaya untuk.menyebarkan virus JE kepada perumah baru iaitu khinzir.

Manusia (perumah terakhir) boleh dijangkiti JE sekiranya digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus ini.

Tempoh pengeraman iaitu dari jangka seseorang itu dijangkiti sehingga gejala-gejala JE muncul mengambil masa di antara 4 hingga 16 hari.

Penyakit JE tidak boleh merebak daripada manusia kepada menusia seperti bersentuhan, bersalam atau mencium pesakit JE. Penyakit ini juga tidak akan menular dengan.memakan daging khinzir.

Nyamuk Culex membiak di tempat takungan air semulajadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi. Nyamuk Culex biasanya akan menggigit pada waktu senja hingga subuh iaitu di antara jam 6.30 petang hingga 6.30 pagi.

Rawatan untuk pesakit JE

Sehingga kini penawar JE masih belum ditemui. Pesakit akan dimasukkan air bagi mengurangkan dehidrasi manakala ubat-ubatan diberi bagi melegakan demam dan kesakitan yang dialami.

Pesakit yang koma akan diberi bantuan penafasan.

Bagaimanapun, terdapat vaksin yang berupaya menentang serangan virus JE. Seperti ubat-ubatan lain yang tidak bebas daridapa kesan sampingan, vaksin JE tidak terkecuali. Pengambilan vaksin ini akan menyebabkan alahan, kemerah-merahan dan bengkak pada tmpat suntikan. Wanita hamil dan menyusukan bayi dilarang sama sekali menggunakan vaksin berkenaan.

Dapatkan suntikan vaksin JE sekiranya anda...

  • Tinggal di kawasan pendalaman di mana JE sering berlaku.
  • Pekerja di ladang khinzir atau tinggal dalam lingkungan 2 km dai ladang khinzir, terutamanya kanak-kanak.
  • Pelancong ke kawasan yang berpenyakit (sangat kecil risikonya)

Jadual pemberian vaksin

  • Dos pertama
  • Dos kedua - hari ke-7 hingga ke-14 selepas dos pertama
  • Dos ketiga - 6 bulan hingga 1 tahun selepas dos kedua
  • Dos tambahan - tiga tahun selepas dos ketiga
Jumlah dos dan julat masa pemberian dos-dos berbeza di antara seseorang dengan yang lain.

Langkah-langkah pencegahan

  • Elakkan daripada digigit nyamuk
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Tidur dalam kelambu
  • Gunakan racun serangga seperti lingkaran nyamuk, repelen yang disapu pada badan atau pakaian ketika berada di luar rumah, penyembur aerosol dan lain-lain.
  • Memasang jejaring nyamuk pada tingkap
  • Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah semasa melakukan aktiviti luaran atau berada di sekitar ladang khinzir.
  • Menyediakan saluran perparitan yang sempurna
  • Menimbus lopak-lopak air
  • Menjaga kebersihan sekitar ladang ternakan khinzir
  • Membuat semburan racun serangga di sekitar ladang khinzir.



2 comments:

  1. Assalamualaikum kak, nice sharing. sheila nak beritahu review blog akak akan keluar pada 23/02/14 ni, in shaa Allah. maaf sheila lambat sangat upkan review blog ni... harap akak sudi singgah dan baca nanti ya ~~~

    ReplyDelete