Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, January 4, 2014

Pergi Sekolah Bawa Kayu Api..

Hari-hari ada saja pesanan cikgu supaya esok hari datang sekolah bawa kayu api. Itu sudah menjadi rutin harian kami di Sekolah Kebangsaan Rokan. Mesti korang tertanya-tanya buat apa bawa kayu api ke sekolah, kan?

...gambar hiasan.

Dulu masa Annaz bersekolah di situ, pelajarnya tak ramai. Majoriti pelajar adalah berbangsa Melayu yang terdiri daripada anak-anak penoreh getah. Jadi kami bukanlah datang dari keluarga berada.

Masih Annaz ingat memori tentang kayu api itu. Tiba di pagar sekolah, kelihatan semua menjinjit seikat kayu api. Kayu api ini untuk kegunaan kantin sekolah untuk memasak makanan untuk waktu rehat kami. Kami semua dapat makan free iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Itulah kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Sekarang nie dah tak ada lagi pelajar yang menjinjit kayu api lagi. Semua dah moden. Sudah ada dapur gas dan periuk elektrik.




No comments:

Post a Comment