Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, August 31, 2013

Salam Kemerdekaan Ke 56

Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia seluruhnya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun. Dalam kemeriahan kita membuat sambutan Hari Kemerdekaan, dengan gahnya perbarisan berserta panji-panjinya, janganlah kita lupa untuk mengenang jasa-jasa pejuang dan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan sebuah kemerdekaan yang kita kecapi sekarang.

Ayuh anak-anak muda warisan bangsa, janganlah lalai dan leka dalam arus kemodenan. Jangan hanyut dengan keseronokan dan kemewahan. Semua yang kita ada pada hari ini adalah hasil keringat orang-orang terdahulu. Jagailah keharmonian, keamanan dan kesejahteraan bumi Malaysia yang kita cintai agar tidak dicemari oleh anasir-anasir yang akan menghancurkan sebuah kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini...


Wednesday, August 21, 2013

Getah rambut vs tali plastik



Suatu petang di sebuah pasaraya, sedang sibuk memilih barang, tetiba kedengaran rengekan seorang anak kecil. Menangis dan membentak hendakkan sesuatu. Apa bendanya, kurang pasti..

Bila toleh kebelakang, kelihatan seorang ibu memimpin seorang anak kecil yang sedang menangis teresak-esak. Kelihatan seorang budak lelaki yang berjalan mendahului ibu dan adik perempuannya yang sedang menangis.

Tiba jer budak lelaki tu bersuara dengan selamba.
"Ala dik, tak payah beli la ikat rambut tu. Ikat jer dengan tali plastik".
Hatiku bagai digeletek mendengar pujukan si abang. Selamba jer...
Tapi aku kontrol supaya jgn gelak kuat-kuat.
Sampainya hati suruh si adik ikat rambut dengan tali plastik.
Ada ke patut...