Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, June 7, 2010

Mee Hoon Hongkong

Sesekali pekena Mee Hoon Hongkong pun sedap gak...Dah lama tak buat dah masakan nie.. Terlanjur tu nak kongsi la dengan kengkawan semua macam mana nak masak mee hoon nie.. Mesti ada yang lagi pakar masak mee hoon nie. Nie masak style saya plak...

Bahan-bahan dia : -

Dah tentu la bahan utamanya mee hoon

Mee Hoon rendam semalaman sampai lembut

Rencah dia boleh letak apa yang kita suka.. nak sedap letak daging, seafood, fishball..
Klu ayam rasanya kurang skit la kot...

Sayur sawi.

Cili besar dihiris, daun sup dan daun bawang untuk tabur.

Bahan penumisnya bawang besar/merah, bawang putih, sedikit halia. Blend semua.
Satu lagi serbuk lada sulah ataupun ada yang guna lada hitam.

Cara nak masak

Panas minyak, tumis bahan yang di blender hingga kuning dan naik bau..


Then, masuk rencah2 tadi. Masa nie bleh la letak serbuk lada sulah/lada hitam.
Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Nanti tawar tak leh nk makan ...agak2 jer la....

Masukkan sawi

Masukkan pulak mee hoon yang dah direndam tadi kacau rata.

Kemudian masukkan cili besar yang dah dihiris2 tadi..

Haa...dah siap pun...tabur daun sup dan baun bawang yang dah dipotong2..

Nak lagi enak makan dengan sambal kicap..
Mmmm...ada masa cuba la masakan nie....


####....SELAMAT MENCUBA....>>>>

2 comments: