Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, June 3, 2010

Ciuman Maut...

Hari nie aku terbaca tentang ciuman yang membawa maut kepada manusia...macam mana tu?.. Dalam akhbar Kosmo hari ini memaparkan berita tentang ciuman perokok yang boleh membawa kematian kepada kanak-kanak.

Menurut Profesor Robert Booy, seorang perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya dalam kerongkong mereka. Bakteria ini mungkin berjangkit kepada kanak-kanak yang mereka cium. Kuman jenis meningococcus boleh berjangkit walaupun mereka merokok di luar rumah. Kuman ini boleh berjangkit kepada kanak-kanak yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah yang mengakibatkan meningitis dan seterusnya membawa maut.

Maklumat ini boleh kita kongsi bersama untuk kebaikan kersama demi anak-anak tersayang. Haa..macam mana perokok2 di luar sana?...Cuba la berhenti tabiat menghisap rokok.. Bukan apa, untuk kesihatan anda juga...

1 comment: