Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, June 30, 2010

My Little Princess

Saje2 rakam gambar nie..

Nk try baju untuk pakaian beragam sempena majlis sambutan hari jadi Tadika Taman Sang Kancil untuk pelajar yang lahir pada bulan Januari hingga jun...

Jadi si comel ku sayang nie terlibat sama la...


Puas gak nk cari baju...
Tanya2 apa yg dia nk...
Aku cadang nk pakaikan baju India @ baju Cina

Dua2 ditolak oleh tuan punya badan...


Nk baju princess...

so cari la ikut kehendak anak yang seorang...







..rasa macam nk gigit pipi dia...

Dah tak sabar2 dh nampaknya nk mengenakan baju princess nya itu..
Bukan main teruja dia...

Sembang2..




Alhamdulillah....

Jemaah umrah yg tak tertunda untuk balik ke tanah air kerana kehilangan dokumen perjalanan telah pun selamat pulang ke tanah air..

Salah sorangnya rakan se opis...

Dah lama tak dengar suara..

al maklumlah...dia yg paling kuat sembang...riuh2 kat opis nie...

Seronoknya dari pagi td cerita pengalamannya kat sana..

Cerita tentang masyarakat kat sana...

Cerita tentang beribadah kat sana...

Cerita tentang suasana kat sana...

***Bila la aku dapat menjejak kaki ke sana pulak?***

Tuesday, June 29, 2010

"Cuci Macam Saya"


Nak memang tiket untuk menonton tayangan "Cuci The Misical2"?...
@
Nak peluang bertemu dan beramah mesra dengan bintang "Cuci The Musical2"?....

Pos Malaysia mempersembahkan peraduan "Cuci Macam Saya"

Nie hadiahnya...
Best tak?...


Caranya mudah jer...

Anda memerlukan kemera, peralatan mencuci dan daya imaginasi...
Guna daya kreativiti yang anda ada...

Rakam aksi2 unik dan luar biasa semasa anda sedang mencuci apa saja secara solo...

Berminat?...

Layari laman www.pos.com.my

...isi borang dan muat naik gambar anda...

Monday, June 28, 2010

Budak kencing malam...

"Kencing malam"??...
Kenapa "kencing malam"??...
Alamak.....Basah la.....

Budak2 biasa la...
Ada ke orang dewasa yg kencing malam?....
Oooppsss...rahsia...malu....


Masalah "kebasahan" atau "kencing malam" masih menjadi biasa bagi kanak-kanak yang berusia 6 hingga 8 tahun.

Kencing malam atau nama lainnya enuresis terjadi disebabkan beberapa faktor seperti ketidakstabilan emosi, ketidakmatangan otot pundi kencing dan perubahan gaya hidup.

Masalah kencing malam ini disebabkan otot pundi kencing belum matang yang tidak kuat menahan kencing sepanjang malam sehingga ia keluar tanpa disedari.

Ada di antara ibu bapa yang merasa runsing apabila masalah ini sering berlaku di kalangan anak-anak mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu memahami keadaan anak masing-masing selain memberi sokongan kepada mereka. Kebanyakkan ibu bapa cenderung memarahi juga ada yang turut memukul dan menghukum anak mereka. Namun, itu bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi supaya anak-anak tidak kencing malam.

Berikut adalah tips daripada Pusat Psikologi Malaysia untuk mengatasi masalah kencing malam..

Memastikan jenis masalah pembasahan.
Melatik anak-anak dengan mengejutkan mereka selepas dua atau 3 jam selepas tidur untuk ke tandas. Cara ini dapat mengurangkan kekerapan kencing malam.

Pertimbangkan setiap komplikasi psikologi.
Terangkan kepada anak anda bahawa kencing malam adalah perkara yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang seusia dengan mereka. Jangan salahkan atau menghukum mereka. Kepada ahli keluarga yang lain, jangan ada di antara mereka yang mengejek. Ajak mereka menukar cadar yang basah supaya dia tahu kepayahan anda untuk melakukannya.

Mengukur kapasiti dan fungsi pundi kencing
Buat latihan regangan pundi kencing kerana ia dapat membantu anak anda dan meningkatkan masa untuk membuang air kecil waktu siang hari. Cara ini membolehkan pundi kencing meregang sekali gus mampu menahan kencing pada waktu malam.

Mencatat kekerapan
Anda perlu mengambil tahu kekerapan anak anda membuang air kecil dan besar. Pastikan anak anda membuang air kecil terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

Kurangkan pengambilan air
Elakkan anak anda minum air dengan banyak dua jam sebelum tidur, dan lindungi tilam dengan meletakkan plastik di bawah cadar.

Semoga kita semua dapat mengatasi masalah
budak kencing malam....




Saturday, June 26, 2010

Petua untuk mencantikkan wajah...

Semua orang tidak kira lelaki mahupun perempuan mesti ingin kelihatan cantik, tampan dan menawan...Macam2 cara dilakukan untuk tujuan tersebut..

Ada yg ke salun kecantikan, ada yang menggunakan pelbagai produk kecantikan, tak kurang juga yg menelan pelbagai ubat-ubatan untuk kelihatan cantik..

Selain dari menggunakan cara moden, cara tradisional juga boleh digunakan...itu rasanya lagi selamat kerana bahan2nya asli tanpa campuran bahan2 kimia..

Jd Miss Annaz nk la kongsi beberapa petua untuk dgn kengkawan kat luar sana..
Manalah tau masih ada yg berminat nk mencuba cara yg tradisional lagi selamat ini....

Petua untuk kulit muka


Putih telur boleh melicinkan kulit muka yang kasar dan menegangkannya.
Caranya : Ambil sebiji putih telur dan isikannya ke dalam piring. Sapukan ke semua bahagian kulit muka. Biarkan sehingga kering dan melekat pada kulit muka selama 1 jam. Jangan la time tu nk bercakap2..Selepas tu cuci dengan air suam. Lakukan sehari sekali sebelum tidur.

Madu lebah licinkan kulit
Ambil 2 sudu madu lebah. Campurkan dengan putih telur. Sete
lah itu sapu pada kulit muka. Biarkan kering. Setelah itu cuci dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih.

Bedak batu untuk ubat jerawat

Masalah jerawat yang merimaskan!!!!!...
Bersihkan kulit anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
Selain itu boleh guna bedak batu. Sapu kat muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan harinya cuci muka dengan air bersih. Lakukan setiap malam hingga jerawat anda hilang...

Tegangkan kulit muka

Bunga cempaka putih

Bunga melur

Anda mengalami masalah kulit kendur dan kasar?
Caranya : Ambil 5 kumtum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur. Kisar kedua2 nya hingga halus. Setelah itu campur dengan bedak sejuk.
Campur dengan sedikit air, sapukan pada muka setiap malam sebelum tidur. Keesokkan harinya, cuci dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Keringkan dengan tuala bersih. Lakukan setiap malam...

Segarkan wajah

Anda kelihatan lesu...
Minum air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengah hari.

Seri Wajah


Rebus secekak daun pegaga dengan 2 gelas air. Rebus hingga tinggal segelas air. Tapis dan sejukkan. Minum sehari sekali selepas makan malam. Amalkan seminggu tiga kali...

Ambil sepotong lempuyang sebesar ibu jari tangan, kunyit sebesar ibu jari tangan. besihkan dan tumbuk halus dengan sedikit air. Campurkan dengan madu lebah dan kuning telur ayam kampung dan minum. Lakukan seminggu sekali.

Apa yang penting jaga kecantikan luaran dan dalaman...
Jangan luar jer nampak cantik tp hakikatnya......

Sekian saja yang dapat dikongsi dengan kengkawan semua...
Klu ada yang nk mencuba silakan..

Thursday, June 24, 2010

Sakit kengkawan

Semalam ada sorang kwn sekerja datang jumpa kat opis...minta buatkan surat nk minta tukar unit...

"kenapa?..."

"sakit. Nie ada surat doktor". Aku tengok pun tak berapa nk faham...Maklum la...tulisan doktor..

Aku pun mula la taip

ketakk..kutukk..ketakk...ketukk...

"Sakit kaki...doktor kata sebab kena gigit nyamuk.." jawabnya sambil menyingsing kaki seluar..

Aku tengok kaki dia bengkak dan ada kesan merah2....

ketakk..ketukk..ketakk..ketukk...


Sambil tu mulut tu gatal gak nk tanya..."Sakit apa, bang?"

"Untut ke, bang?..biasanya klu kaki bengkak kena nyamuk nie kena penyakit untut" ujar ku selamba..


"Untut?..kau jangan la..tak nak aku. Doktor kata bekas gigit nyamuk tu kena jangkitan kuman" katanya.

Aku diam jer la. Minta2 tak la sampai kena untut kawan tu...

**********************************************
Untut @ kaki gajah adalah disebabkan oleh cacing filiria parasit seperti benang Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan B. timori, kesemuanya disebarkan oleh nyamuk.

...hanya sekadar gambar hiasan....

Wednesday, June 23, 2010

HIDUP MATI BERSAMA


Pernahkah kengkawan terfikir tentang cinta sejati hingga ke akhir hayat?
..atau ada yang telah bertemu kekasih hati yang sejati untuk bersama2 sehidup semati....hidup mati bersama...



Selalu pasangan kekasih yang romantis mengungkapkan kata2 mahu sehidup semati dengan kita...

*
*
Boleh percaya ker?
Boleh kot?...
*
*
Betul la tu...
*
*
...se hidup, se mati.. (1 hidup, 1 mati)...

Tapi kisah ini memang menyayat hati, menyentuh perasaan...
bukan senang nak jumpa pasangan yg dapat menunaikan janji untuk sehidup semati...

Kengkawan ada terbaca ke, tertengok ke..terdengar cerita kengkawan kalian tentang ...
Kisah hidup sepasang suami isteri yang dianggap romantik oleh anak2 dan jiran2...

Ke mana2 pergi mesti nak berdua....
akhirnya meninggal dunia pada hari yang sama..
selang lima belas minit...
Begitulah mesranya pasangan romantis hingga keakhir hayat..


Selanjutnya klik
KOSMO



Tuesday, June 22, 2010

Fasha vs Tiz

Apa la kecoh2 merebut jejaka yg sorang tu..
Jangan jatuhkan martabat kaum wanita...
wah...macam ayat filem Madu Tiga la pulak...


...vs...

Ye la...apa yg nk digaduh2kan...
kumbang bukan nya seekor...
pilih jer la yg mana nk...
rebutkan yg satu tu jer...
satu Malaya tau...

yg paling seronok si jejaja yg jadi rebutan la....

Monday, June 21, 2010

Jengok kerja2 yg dh lama terbengkalai....


Hari yg penuh dengan "ketensionan"
Jengok n update FB... byk kerja2 aku yg dh terbengkalai... Pengusaha, penternak, peladang yg kaya-raya di alam maya


Punya ladang terbesar...
apa yg tak de...
haiwan ternakan...lembu, kambing, ayam, arnab, rusa, kuda pun ada
pokok-pokok buah-buahan juga ada...

pokok nya..semua adalah...

...kebun kecil jer..tp hasil lumayan...

...ikan2 belaan.... mcm2 rupa, mcm2 warna...

klu betul2 kan best....


Saturday, June 19, 2010

Tak kena dengan tempatnya..agak2 la...

Wah..wah..wah..

Macam2 perangai pelik dibuat nk tarik perhatian...


^

Tengok la nie...tak takut kena langgar ke.?...

Klu nak beryoga bukan kat situ tempatnya...

Dari nak sihat terus gol....


Gambar diambil dari KOSMO

Thursday, June 17, 2010

Senyum ketawa sihat badan...


Anda suka senyum? @ Anda suka ketawa?

Senyum banyak kategori...
ada senyum kambing...

Manisnya.....

ada senyum simpul...

Comel tak?

Tapi..jangan asyik tersengeh jer nanti orang kata macam benda nie...

kerang busuk

Apa2 pun senyum tu biar ikhlas...senyum itu sedekah...


Mungkin juga anda suka ketawa...


ketawa pun ada banyak kategori

ada orang suka ketawa terbahak2,
ada yang ketawa mengilai...

ada juga yang ketawa yg susah nak berhenti...


Jangan ketawa lebih2..
kerana ketawa lebih2 boleh membuatkan hati kita mati..


Senyum dan ketawa pun ada kebaikannya selain dari awet muda..

Senyum dan ketawa juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita. Senyuman dan ketawa merupakan senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otat abdoman, merangsang kedua belah otak dan maningkatkan keupayaan untuk belajar. Ketawa juga boleh melegakanketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otot lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus dimana ianya boleh meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam tubuh. Ada juga yang mempercayai dengan ketawa boleh membakar kalori sama seperti bersenam selama untuk beberapa minit.


Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dikatakan boleh mengaktifkan tindakbalas kimia badan dan secara tidak langsung boleh merendahkah risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.


So...hari2 senyum..hari2 ketawa...

ha..ha..ha..


Wednesday, June 16, 2010

Nota Cinta kembali lagi....

---- Cinta itu sentiasa ada ----
---- cuma kita kena menyemarakkannya----

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Haii....smua kembali kepada "Nota Cinta" anda...
Dah episod ketiga...
yang dulu2 tu dah try ker?...



Nak kongsi juga maklumat hadiahnya..mungkin anda dah tau..tp sekadar
nk bg semangat untuk kengkawan meneruskan usaha merebut hadiah yg ditawarkan..












Best tak hadiahnya...
Jom laa...tunggu apa lagi...

Jom semarakkan hari2 anda dengan "Nota Cinta" anda...
Jom KLIK kat sini...

7 sunnah Rasulullah SAW yang perlu kita jaga


Sebagai umat Islam kita ada 7 sunnah Rasulullah SAW yang perlu kita jaga.

Pertama

<---- Tahajjud ---->

SOLAT tahajjud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajjud juga dikenali sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Kedua

<---- Membaca Al Quran ---->

Sebelum matahari terbit, sebelum mata melihat dunia, alangkah baiknya kita meluangkan masa untuk melihat dan membaca kalimah-kalimah Allah, Al Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga

<---- Jangan tinggalkan masjid ---->


Utama di waktu Subuh. Sebelum melangkah kaki ke manapun, langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan hanya kerana laungan azan tetapi panggilan Allah untuk orang-orang yang beriman untuk memakmurkan masjid.

Keempat

<---- Solat Dhuha ---->


Di situlah terletaknya kunci rezeki.

Kelima

<---- Jaga sedekah setiap hari ---->


Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah.

Keenam

<---- Jaga wudhu ---->


Allah menyayangi hamba Nya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak bersolat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dia dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh

<---- amal
kan istighfar setiap masa ---->

Dengan beristighfar, semua masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir. Maka itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

"Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi," katanya. Dengan zikir berbagai kejahatan dapat dijauhkan.