Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, May 10, 2010

TEKSI PUNYA HAL....

Cuaca kat luar tu panas...penat, haus pun ada. Nak singgah beli air dah tak sempat dah. Masa dah time..dah nak masuk kerja dah.

Terfikir-fikir nak naik apa nak balik pejabat. Nak naik LRT berkira-kira..terbayang-bayang nak naik tangga, nak jalan lagi..Tak pe la naik teksi aje.. Aku pun lalu la kat tempat untuk "Q" teksi..

Yang x sedapnya, bikin hati wa panas, ada la sekumpulan pelancong nie terus tahan teksi yang sepatutnya aku naik..Yang driver teksi tu pun main amik jer..Teksi lain dah bunyi hon, dia wat bodo jer..sebab ramai dorang terpaksa amik 2 teksi..nasib baik teksi yang berikutnya terus berhenti kat depan aku..Pelancong yang 2 orang lagi tu buat muka tak puas hati..sapa suruh korang tak nak ikut "Q"...Encik Driver tu pun marah gak kat teksi mula-mula tadi..

Pada driver-driver teksi, walaupun pelanggan tu pelancong luar, ikut la peraturan...masa nie la nak bagi tau dorang yang tak tau tu..nak naik teksi kena ikut "Q"..Klu tak dorang nie main redah jer...Kesian la pada orang yang dah penat menunggu...

No comments:

Post a Comment