Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, May 6, 2010


Detik awal percintaan mahupun perkahwinan setiap orang merasai betapa indahnya cinta. Rela berkorban apa saja..Hubungan mana yang tak dilanda badai.. Ujian tetap akan datang menguji setakat mana ketabahan seseorang dalam memelihara suatu ikatan percintaan itu. Hubungan ini akan terus hambar sekiranyan tiada kesepakatan dan usaha untuk membajai bunga.

Beberapa panduan yang mungkin boleh diambil perhatian bagi menyemarakkan semula kemesraan dan keintiman dalam perhubungan yang semakin hambar.

* Percaya

Setiap orang mesti meletakkan kepercayaan terhadap orang yang dicintai. Sikap syak wasangka akan memudaratkan hubungan yang terjalin hubungan menjadi hambar dan tidak semestinya berpunca daripada orang ketiga.

* Muhasabah

Buat pembetulan pada diri. Melihat di mana kelemahan diri sendiri dan anda perlu berbincang dan sentiasa berterus terang dengan pasangan anda. Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah.

* Terima kelemahan

Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Berusaha untuk mengatasi dan membaiki kesilapan tersebut.

* Luahan jiwa

Baja kasih sayang anda bersama pasangan. Ingat! Kasih sayang bak benih tanaman, jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, ia akan layu dan mati.

Untuk kembali menyiram kasih yang mula layu, anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra. Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta. Bimbang dikatakan 'buang tabiat'? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu atas rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan anda!!


* Kejutan istimewa

Di samping itu, lakukanlah kejutan. Sebagai contoh, jika selama ini sambutan hari lahir atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa iaitu sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu keraian yang agak luar biasa. Tidak perlu hadiah besar, namun cukup disambut dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini. Lebih seronok kalau anak-anak turut menyambutnya.

* Keseimbangan

Imbangi antara kerjaya dan rumahtangga. Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi antara rumahtangga dan kerjaya. Tumpuan kepada kedua-duanya dapat dilakukan seadilnya apabila anda membahagikan masa sewajarnya. Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya.

* Masa

Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam (masa sebaiknya untuk anak-anak tidur).

Anda mempunyai di antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami seperti menonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.

Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami dan anak-anak.

* Berdoa

Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tidak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap waktu. Semoga ikhtiar anda akan menyemarakkan lagi hubungan yang tercipta.

No comments:

Post a Comment