Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Friday, February 16, 2018

HIKMAH DI SEBALIK PERTEMUAN


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum!

Jujurnya, kita tak pernah meminta sesiapa pun untuk hadir dan muncul dalam hidup kita. Tidak pernah, walau sekalipun kita mengharap mereka akan datang dan pergi. Kita tak pernah mengharap, untuk mereka muncul dan hilang dalam hidup kita sesuka hati..

Benar, kita tak pernah mengharap

Bagi kita, sebagai seorang manusia yang Allah kurniakan akal dan perasaan, kita sentiasa mengharap setiap yang hadir dalam hidup kita akan kekal disisi, bersama menempuh payahnya hidup dan manisnya bahagia bersama

Ya, kita sentiasa mengharapkan sedemikian

Kamu tahu?
Itulah yang kita namakan
PERTEMUAN

Disetiap pertemuan, ada hikmah yang Allah janjikan untuk kita disini
Disetiap pertemuan, ada sebab kenapa Allah hadirkan seorang manusia itu ke dalam kehidupan kita ini

Jangan menyesal
Kerana walau sekuat manapun langkah seorang manusia, takkan pernah mampu melangkaui tahap maksima yang dimilikinya. Kita kena faham, bahawa Allah lebih berhak mengatur kehidupan kita dan percayalah! Walau apapun aturan Allah terhadap kita, aturan dari Dia TAK PERNAH SILAP!

Ya! Aturan dari Dia tak pernah membawa manusia ke arah yang lebih buruk!

Seakan bila kaki ini melangkah ke satu demi satu frasa kehidupan, jujurnya hati aku pun tak pernah mahu ditinggal dan meninggalkan mereka yang pernah hadir dalam hidup aku, yang pernah menjadi kesayangan hati, yang pernah memeluk dan memujuk aku saat aku dilukai.

Walau apapun yang manusia minta, kita sebenarnya sentiasa punya pilihan. Meskipun Allah sudah mengatur secara jelas jalan kehidupan kita, kita tak mungkin akan pernah tahu apa sebenarnya yang sedang Allah rencanakan buat kita

Tak pernah!
Kita dengan izin Dia, akan melalui sendiri kehidupan itu dengan baik dan teratur mengikut apa yang telah direncanakan oleh Dia, buat kita

Aku tersenyum lagi
Mata aku berkaca

Mengingatkan satu demi satu situasi yang sedang ditanggung oleh manusia, benarlah! Manusia sebenarnya cukup kuat dan tabah! Kerana manusia, Allah ciptakan dengan daya tahan yang cukup kuat, cukup untuk seorang manusia melalui segala yang telah Allah izinkan untuk seorang manusia itu lalui

Manusia itu datang dan pergi
Tetapi tidak bagi Dia Yang Maha Mengasihi

Memang, kadang aku juga terfikir kenapa aku mesti bertemu dengan orang ini, kenapa aku mesti bercakap dengan dia, kenapa aku mesti ditakdirkan untuk rapat dengan dia dan sebagainya. Kenapa? Apa yang sebenarnya Allah nak bagitau aku?

Kadang, memang sewaktu itu aku tidak akan nampak hikmah sebenar kenapa dan mengapa mesti adanya pertemuan diantara aku dan seseorang manusia itu? Tetapi kemudiannya, aku melihat dengan mata hati. Aku melihat dalam detik beberapa tahun akan datang. Aku melihat dalam detik dia yang aku sayang, dia yang aku cinta, pergi. Pergi sama ada perpisahan itu hanyalah didunia mahupun diantara alam dunia dan alam barzakh

Benar jugalah kata mereka yang berilmu; "Kita akan diuji dan ditemukan dengan mereka yang mampu menampakkan siapa sebenarnya diri kita. Kita akan ditemukan dengan mereka yang akan menguji kita dengan sesuatu yang pernah kita ucapkan"

Dan ternyata, ianya pernah berlaku kepada diri aku :')

Ya, memang pada waktu itu kita tidak akan sedar dengan apa yang sedang kita lalui sebenarnya. Kita akan terikut dengan rasa yang pelbagai, nafsu yang merosak hati dan jiwa. Dan kita akan lupa dengan segala ikrar dan janji yang pernah kita canangkan buat mereka yang sedang asyik melalui situasi yang tidak pernah kita rasai tersebut

Kita akan diuji!
Kita akan ditemukan dengan manusia yang mampu membuka mata kita!

Dan setelah kita sedar, apa yang kita rasa?
Kita akan merasa MALU!

Kenapa?
Sebab kita nasihatkan orang untuk menjauhi maksiat dan dekat akan kebaikan tetapi kita? Sebaliknya. Kita canangkan pada orang siapa diri kita, kita dengan bangganya memberitahu kepada orang ramai bahawa kita tidak pernah walau sekalipun melakukan sesuatu dosa itu umpama kita ini malaikat tanpa noda! Kemudian lihatlah betapa cantiknya pertemuan yang Allah hadirkan!

Dan sekali lagi
Kerana itu jugalah Allah hadirkan pertemuan

Allah hadirkan pertemuan untuk kita nilai siapa sebenarnya diri kita. Allah hadirkan pertemuan untuk kita ingat balik apa sebenarnya yang pernah kita ungkapkan kepada orang lain, yang pernah kita anggap kotor dan tidak setanding dengan diri kita! Allah hadirkan pertemuan itu, untuk kita cermin semula akhlak dan iman kita :)

Itu, adalah salah satu hikmah daripada pertemuan yang telah Allah aturkan kepada aku :)

Kenapa Allah aturkan pertemuan sebegitu?
Mata aku berkaca
Bibir aku tersenyum tawar
Hati terasa mahu menangis sendu

Sebab Allah nak kita 'rasa'
Allah nak kita lebih memahami mereka yang sentiasa dalam usaha memulakan penghijrahan. Allah nak kita 'rasa' macam mana perasaan mereka yang sedang melakukan perkara yang Allah murkai. Allah nak kita 'rasa' apa sebenarnya rasa yang ada ketika kita sedang bertarung, antara iman dan nafsu ketika berada dalam situasi itu

Dan implikasinya?
Percayalah, kita akan lebih memahami 'rasa' seorang pendosa tanpa noktah. Kita akan lebih memahami betapa sulit dan payahnya 'rasa' untuk seorang pendosa, untuk keluar dari kepompong masa silamnya, kembali kepada pelukan hijrah dan hidayah milikNya. Kita akan mampu 'merasa' segala-galanya yang tak pernah kita rasa suatu ketika dahulu

Rasa hebat!
Rasa seolah-olah bagaikan malaikat yang mulia!
Rasa megah mencanang satu persatu amalan kebaikan kita!

Ah! Kelakar, kan?
Bagaimana Allah boleh menukar satu situasi yang sulit sebegitu kepada satu situasi yang pada akhirnya, akan membawa manfaat kepada penerimanya

Percayalah!
Jangan rasa menyesal dan janganlah merasa sedih dengan setiap pertemuan dan perpisahan yang telah dan mungkin akan berlaku itu kerana segala-galanya punya sebab yang tersendiri

Dunia ini hanyalah sementara
Akhirat, tempat yang kekal selamanya


Semuanya punya hikmah yang tak mampu manusia ungkap dan sedar pada detik ketika itu juga. Segalanya berlaku dengan pantas dan padat. Manusia mungkin sukar untuk menyedarinya pada awalnya. Tapi pengakhirannya nanti, hikmah manisnya tetap ada! Kan setia memperbaharui dan mewarnai hidup kita! :)

Buat yang setia bersama aku dari dahulu sehinggalah sekarang,
Terima kasih!
Untuk segalanya! :)

Buat yang pernah hadir dan pergi dari hidup aku,
Terima kasih!
Atas segala memori dan kenangan kita bersama!
Sungguh, kehadiran kalian adalah hikmah! :)

Semoga Allah Masih Mencurahkan Hidayah,
Buat Kesemua HambaNya Yang Berdosa!
Termasuklah Diri Ini.. :'(

In Shaa Allah!
Allahumma Ameen..
Salam Semanis Ukhuwahfillah!
Assalamua'laikum!

Copypaste



Saturday, December 9, 2017

AINAZTISYIA ONLINE SHOPPE

HAPPY SABTUDAY OLSS!!!
KORANG BUAT APA CUTI2 NIE
ANNAZ KEJE
MONDAY TO SUNDAY MY WORKING DAY

HARI NIE ANNAZ NAK SYER BLOG BARU ANNAZ


BLOG NIE BARU LAGI TAPI DAH ADA BEBERAPA ANNAZ POSTING DI DALAMNYA..

BLOG NIE UNTUK ANNAZ MENGORAK SETAPAK LAGI DALAM PERNIAGAAN ONLINE (DROPSHIP)
APA YANG ANNAZ JUAL?
MACAM2 SEBENARNYA TAPI SETAKAT NIE HANYA PERHIASAN WANITA..

🎈GELANG
🎈CINCIN
🎈RANTAI
🎈LOKET
🎈BEADS

DIPERBUAT DARIPADA👇👇

📌JADE
📌CAT EYES
📌ACRYLIC
📌BATU2 PERHIASAN
📌EMAS KOREA
📌GOLD PLATED



SO ANNAZ HARAP UOLS BOLEH BAGI SUPPORT FOLLOW & SHARE
😁😁😁😁😁😁😁


Sunday, October 8, 2017

Nak bagi viral skit : BUBUR NASI SEDAP SETANDING BUBUR AYAM MCD

Hai uols...
Saje hari nie nak bagi viral skit..
Yang terkenal viral tu sorry ye.. iols bagi viral yang baik2 aje..

One day, iols walking2 nak pi keje..turun LRT di Masjid Jamek.. why so many people beratur panjang2 nie?
Iols pun menjengah... Ooo...yang uols semua beratur panjang2 nie because of bubur nasi je la... sedap ke?
Opcoz sedapkan..klu tak..takkan uols bazir2 masa beratur panjang2...


Iols memang peminat bubur nasi..
Iols pun beratur sama..panjang giler baris..


Panjangkan? Semua sebab bubur nasi..berpeluh iols..


Bezanya di sini kita boleh pilih nak letak apa..klu kat MCD tu mmg dh siap2 semua.. Boleh pilih..ada isi ayam (hancur), ikan bilis goreng, halia, bawang goreng, cili api racik dan daun bawang. Pilih apa yang uols nak dan tak nak je..

Tapi sayang...iols tak simpan gambar bubur yang dh siap packing tu..harga murah RM3.50 je sebekas.. Rasa sangat2 sedap.. Rugi kalau tak mencuba..




Wednesday, October 4, 2017

BIAR AWAK NAMPAK MAHAL DI MATA SAYA

"Awak ingat saya tunggul ke kat sini? Dari td tak abis dok tengok yang ketat, sendat, singkat. Nampak semua bukit bukau, gunung ganang, lurah dendam. Suka?"

"Saja suka tengok. Bukan apa pun. Tengok cuci mata je" sambil senyum nakal.

"Suka? Kalau macam tu esok saya pakai mcm tu juga lah.. Awak kan suka.. Dari tengok orang lain lebih baik awak mengadap saya nie"

"Tak payah.. jangan mengada ngada.. Saya tak suka"
" Apesal pulak?
" Biar mereka murah di mata saya janji awak tetap mahal, berharga dan terpelihara di mata saya"



#kaumilikku

From page Kaki Bahan

Monday, September 18, 2017

6 MANFAAT AIS KEPADA KECANTIKAN KULIT

Assalam..

Sape suka ais??
Semua suka kan??
Dpt lak time2 cuaca panas.. perghh...
Sejuk je lalu kat tekak..
Dapat lak kunyah kiub2 ais tu..
Lega betul..

Selain tu, Annaz nak syer tentang manfaat ais untuk kecantikan kulit...
Suka kan uols dengar bab2 kecantikan ye...
Iols pun suka...hehehe...




Kalau rajin boleh la cuba... boleh buat setiap hari. Kalau rajin la kan???

Nie dia 6 manfaat ais untuk kecantikan kulit..

1. Menjadikan Kulit Bercahaya

✅Kiub ais membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit  nampak sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih, boleh juga gunakan kuib ais buah-buahan ke atas muka .

2. Mengurangkan Noda

  ✅Kurangkan radang serta warna kemerahan akibat jerawat. Meletakkan kiub ais ke atas jerawat beberapa saat hingga merasa kebas. Boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3. Merawat Lingkaran Hitam bawah Mata

✅Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata. Bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam akan dapat dikurangkan.

4. Penyegar Kulit

  ✅Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Guna sebelum pakai alat solek supaya liang pori mengecil. Seterusnya menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna.

5. Pengganti Alat Solek

  ✅Guna aje cara di atas tadi. Ia menjadikan kulit muka nampak berseri dan semulajadi tanpa guna sebarang alat solek.

6. Menghalang Kedutan

✅petua ais ini melambatkan wujudnya garisan penuaan serta mengurangkan garis sedia ada.

Baca tau..jangan tak baca..
Dah baca jangan simpan jer..rajin2 la ye...


Wednesday, September 13, 2017

HOBI ATAS TALIAN


Korang rajin online?
Pasti ye..
Penggunaan gadget memang tak dinafikan rata2 memang keperluan sekalipun student sekolah rendah. Kat mana selalu online?
Kat rumah, dlm lrt, shopping complex, ofis..
Di mana2 je..ada je yang leka ngan gadget..
Ada yang larat mengadap dari pagi bawa ke malam..
Untuk apa?? Korang online apa?
Itu hak masing2..

Kat sini Annaz just nak syer je beberapa hobi yang menarik yang sesuai dijadikan aktiviti untuk menjana pendapatan di alam maya..

YOUTUBE
Ramai yang mencuba mengetengahkan bakat yang ada dalam diri di laman Youtube.. Macam2 ada la dalam tu. Seandainya video anda menarik, ia boleh meningkatkan jumlah tontonan dan seterusnya membuka ruang kepada pengiklanan video anda. Anda perlukan idea yang menarik, bijak mengubahsuai video, kretif dan mampu memukau penonton.

APLIKASI PERMAINAN
Permainan video turut mendapat perhatian terutama golongan remaja..Semakin lama semakin banyak diwujudkan permainan yang mencetuskan kelainan dalam pemilihan hobi remaja.

Walaupun remaja dilihat sebagai golongan yang aktif tapi ramai juga yang berminat kepada permainan digital. Aplikasi permainan di laman sosial malah di telefon pintar menerima peminat setiap hari dan berupaya berkembang luas sehingga mampu mewujudkan komuniti.



BLOG
Kepada sesiapa yang berminat kepada penulisan, blog adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, maklumat2 terkini dan info2 berguna.

LAMAN WEB
Penciptaan laman web memerlukan pengetahuan yang luas. Sekiranya ada yang mempunyai kemahiran, ianya boleh dijadikan sebagai hobi dan kerja sambilan  yang boleh menjana pendapatan.

KELEBIHAN LAMAN SOSIAL

Sekiranya anda mempunyai masa yang banyak untuk melayari laman sosial, apa salahnya dijadikan satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Ramai usahawan masa kini menggunakan laman sosial untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. 

Sekiranya anda ingin memulakan langkah sebagai peniaga online, banyak tip2 yang kita boleh perolehi di laman web. Antara rajin dengan tidak je nak mencari. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Terpulang pada diri sendiri untuk memanfaatkan kemudahan yang ada dari melayari benda yang bukan2 lebih baik buat sesuatu yang berfaedah..

Sunday, September 3, 2017

JENUH NAK TERANGKAN...

Pagi raya Aidiladha, dah sibuk2 ke surau nak tengok ibadah korban..


ANAK : Ibu..jom tengok haiwan2 tu..
IBU: Jom la..
ANAK : Ibu...kesiannya... kenapa dorang nak sembelih anak lembu tu? Kan dia kecik lagi...

Sambil tangan menunding ke arah seekor kambing.

IBU : Itu bukan anak lembu la, adik.. Itukan kambing..
ANAK : Ooo...kenapa nak sembelih anak kambing tu?
IBU : Itu bukan anak kambing..tu kambing dewasa..
ANAK : Abis tu kenapa kecik je?
IBU : Kambing memang besar tu la, adik.. takkan besar lembu kut..
ANAK : Ooo...mana kita tau..

Begitu lah kalau lahir dan membesar kat tengah bandar besar.. Jarang jumpa haiwan2 perliharaan.. Moral of the story, mak ayah kene la bagi tau dorang tentang benda2 nie.. Jangan sok bila tanya ayam, yang dia kenal AYAM KFC.. Haruuu...🤣🤣🤣